Hawa dikenali sebagai spa "Wanita SAHAJA". Kami membantu wanita untuk memperbaharui kesejahteraan tubuh untuk menepati keperluan dan keadaan khusus bagi membantu meningkatkan kesihatan dan kesegaran wanita sepenuhnya.
Terapi spa adalah yang terbaik untuk mengekalkan keseimbangan badan, agar daya ketahanan tubuh tetap terjaga & membolehkan tubuh melakukan aktiviti harian dengan sempurna.
Our Expertise
Our services cover three distinct massages, each honed to perfection for every stage of motherhood; prenatal, pregnancy, and postnatal, being customized for your ultimate health and wellness.
Wellness
Prenatal Care
Postnatal Care
Our Services
Urutan Tradisional Melayu
Urutan memberi manfaat kebanyakannya kerana ia membantu merangsang aliran darah & melegakan ketegangan otot, pada masa yang sama merendahkan stress, tekanan & melepaskan "hormon gembira" seperti serotonin & oxytoxin.
Urutan Pantang
Urutan pantang adalah urutan selepas bersalin yang memberikan kelegaan mental dan fizikal kepada ibu-ibu yang baru melahirkan. Melancarkan peredaran darah, meningkatkan bekalan oksigen ke otot.
Urutan Prenatal
Urut seluruh badan termasuk urutan kepala & bahu. Kecuali pergelangan kaki & perut. Mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh kehamilan, dan juga dapat membantu mengatasi kemurungan, insomnia, dan kegelisahan.
Body Scrub
Body scrub membantu menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah. Ia juga menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan. Body scrub memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku & celah ketiak serta menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
Bekam
Rawatan yang membantu meredakan kesakitan, keradangan, pengaliran darah, kelonggaran dan kesejahteraan, membuang bahan berbahaya dan toksin daripada badan untuk menggalakkan penyembuhan.
Rawatan Wajah
Rawatan wajah untuk merangsang dan melancarkan peredaran darah, menarik keluar kotoran dari liang-liang kulit muka, mencerahkan kulit kusam & menyegarkan kulit muka.
Tangas
Membantu mengurangkan kegatalan, meredakan senggugut, kurangkan kesakitan otot dan keluarkan angin badan, serta membantu melancarkan darah haid & memanaskan badan. Ia juga menguatkan rahim & kawasan alat sulit & mengurangkan masalah bau pada bahagian intim & mengatasi masalah keputihan & lendiran.
Sauna
Menggunakan 14 herba akar kayu terpilih untuk menyingkirkan toksik badan, menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin, mengurangkan sinus/resdung, menyegarkan badan, menghaluskan kulit dan menyingkirkan lemak.
Tungku
Batu sungai dipanaskan dan diikat ke dalam kantung dengan herba yang dituai yang dibalut dengan bahan kalis api khas, membantu melegakan sakit otot dan kesakitan dan akan meningkatkan peredaran darah di kawasan yang dirawat.
Why Book With Us
We are "Women Only Spa"
We are using PREMIUM product
Stress Free Experience
Great Review at Google & Fresha